Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam setelah sebulan kita berpuasa.
Macam mana perayaan anda pada tahun ini? Saya menyambut dengan serba serbi besederhana. Apa yang penting semoga ibadah kita diterima Allah swt. Tahun ni tak sama seperti tahun2 sebelum ni. Kali ni adalah raya pertama saya bersama suami.
Walaupun raya yang pertama buat kami berdua, tapi kami tidaklah memakai baju raya warna sedondon. Tema kami memang betul2 besederhana berdua 😄 . Husband pakai baju tahun lepas , saya pula membeli 2 helai baju. Begitu juga persiapan di rumah kami, hanya membersihkan rumah tanpa menghias apa-apa. Balik kampung mertua dua hari sebelum raya selepas kerja dan berbuka puasa terus balik kampung.
Hari Raya pertama setelah suami balik dari sembahyang sunat di masjid, kami pergi ke rumah nenek dan saudara mara suami bersama emak dan ayah mertua dan adik beradik suami. Semoga jalinan silaturahim ini memberi sinar rahmat Nya.
Sebelum ni, saya beraya bersama keluarga dan balik kampung ke Sandakan. Bezanya, kali ini tak dapat beraya bersama mama, papa dan adik beradik sendiri. Tak dapat balik kampung bersama mereka ke Sandakan. Tahun lepas sempat beraya bersama nenek sebelum nenek meninggal sebulan lebih selepas raya. Nenek waktu tu dah uzur sebelum tuhan menjemput nenek 😢 . Al-Fatihah buat arwah nenek, kakek, uwan dan atok yang saya tak sempat jumpa. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin..