About Me

My photo
I am a woman, daughter, sister and wife. I am second one from my siblings. I am loyal friend, lover of everything beautiful and nothing is more important than family.

Friday, July 1, 2016

Hi semula..

dreamstime_l_33395237_1.jpg
Dalam sedar tak sedar dah berbulanbulan berlalu.. review chatlist-space ada bloggerwalker yang tanya bila nak update lagi... yelah dalam masa tak ngengapdet (Maaf jika perasaan anda terganngu dengan ejaan kamus sendiri ni ) saya sangat sibuk menjalani kehidupan yang agak kelamkabut sikit selama tak ngapdet2 ni.

Pemberitahuan, saya sekarang sudah berkahwin. Berjodoh dengan seorang jejaka comel bernama M (bukan nama sebenar). Sedar tak sedar (sekali lagi tak sedar) sudah 7 bulan kami berkahwin.

Selepas berumah tangga life jadi lain kata orang. Jom check betul tak. Saya baru 7 bulan berkahwin. hehe.. Bagi readers, depends on diri readers sendiri ye.. Di bawah ni antara statement2nya (warna purple).


  1. Dulu badan cantik, kurus dan mengancam, tapi sekarang
Kalau dulu sebelum kawin badan macam kerengga, persis model serta cantik menawan tapi sekarang bila dah kawin  badansudah persis tong drum, lemak sana sini. Kenyataan yangmemang  menyakitkan hati dan mata sendiri. Tetapi tidak semua ada juga yang maintain.
Saya: Taklah.. Memang dulu saya persis model (yekot..hihi) tapi hanya sampi habis belajar universiti sahaja. Lepas habis belajar dan bekerja memang badan naik secara berterusan tanpa belas kasihan. Then Mr M kenal saya pun badan dah tengah progress tu. Dia memang tak sempat lah nampak saya selim ala2 model tu melainkan di gambar kenangan sahaja.
  1. Kurang waktu bergosip dan makan-makan dengan kawan
Kalau dulu sebelum kahwin asal member talifon jew, mesti cakap ok dan kuar la jumpa kawan gosip-gosip. Ada je cerita nak kongsikan, padahal dah jumpa hari-hari. Tapi sekarang bila dah kahwin masa dengan kawan itu sudah digantikan dengan aktiviti melayan anak-anak dan suami tercinta.
Saya: Takde anak lagi..so still available kot(kalau xdek plan lain) kalau member nak ajak jumpa. Tapi Mr M kene bagi permission kat saya lah..heeehe..he..
  1. Tiada lagi istilah si gadis fashionista 
Kalau dulu sebelum kahwin rajin la bershoppingtapi sekarang bila sudah kahwin Macam mana la nak jadi fashionistanya bila baju sendiri pun dah lama tak pergi beli. Baju glamour habis penuh muak anak dan sebagainya. Dulu pakai kasut tumit tinggi, sekarang pakai selipar lagi selesa.
Saya: Takde beza, memang dari dulu x fesyen2 sgt, pakai heels? memang TAK lah dari dulu lagi..
  1. Shopping makeup vs shopping barang keperluan dapur
Kalau dulu sebelum kahwin selalu la shopping barangan makeup adalah satu keutamaan tiap-tiap bulan ada koleksi lipstik baru la, bedak muka la,  tapi sekarang bla sudah kahwin memang berbeza bila setiap minggu pergi ke Tesco beli barang keperluan dapur.
Saya: yup.huhuhuhuhu...
  1. Selfie diri sendiri dah kurang, gambar anak pula yang lebih
Kalau dulu sebelum kahwin gambar selfie dengan mulut itik tu yang banyk kt Instagram, tapi bila sudah kahwin gambar anak tidur, anak merangkak, anak tumbuh gigi, anak nyanyi, anak makan, semua diupload di Instagram, sampaikan gambar suami pun dah kurang.
Saya: Hopefully...aminnnn ..
  1. Travel backpacking? Lupakan sahaja semuanya
Kalau dulu sebelum kahwin tu bolehla nak buat ‘pack & go’, jalan sana , jalan sini Tapi sekarang bila sudah kahwin mesti akan fikir keselesaan semua dahulu. Contoh mesti nak pilih hotel yang menyediakan kemudahan lengkap. Lagi-lagi bila ada anak kecil. Semua kena siapkan, botol susu, pampers, ubat-ubatan jenuh satu hari berkemas.
Saya: Yeke? lom lagi macam ni kot... Akan datang tgk mcm mana bila dah ada anak nanti.
  1. Late night movie? Tiada masa dah untuk itu
Kalau dulu sebelum kahwin bolehla, sekarang bila sudah kahwin jangankan nak tegok ‘late night movie’, nak pergi tengok wayang pun dah susah. Dah nak kena hantar anak-anak kecil ke rumah mak atau mak mertua dulu. Itupun hati gelisah je memanjang ingat anak-anak. Betul tak?
Saya: Memang late night movie dah tak layan bila dah start kerja lagi masa belum kahwin.

Kongsi gambar saya sikit..hehe..

No comments:

Post a Comment

me..